Sunday, May 17, 2009

BUKAN SALAH PELAJAR INI!

Minggu lepas, pendaftaran pelajar tingkatan enam rendah sesi 2009. Saya didatangi seorang pelajar cemerlang yang tidak mendapat tawaran. Setelah disiasat, saya merasakan sebabnya ialah kerana umurnya sudah +20 tahun. Saya syorkan beliau membuat rayuan berserta dengan surat tunjuk sebab mengapa jadi begitu.

Menurut pelajar tersebut, dia lewat bersekolah atas beberapa sebab. Pertama, ketidakprihatinan ibu-bapa. Maklumlah mentaliti orang bukit-bukit. Kedua, sekolah rendah di kampungnya ketika itu (ketika umurnya 7 tahun) menghadapi masalah "kebantutan", maksud saya seperti tidak wujud, sehinggakan urusan pendaftaran tergendala (?).

Dipendekkan cerita, saya suruh dia tulis surat ceritakan segalanya. Dan saya sendiri menulis surat khas kepada pihak atasan meminta kes pelajar ini diberi perhatian khas. "Bukan salah pelajar ini dan beliau harus diberi keistimewaan khas..." lebih kurang bunyi surat saya.

Hmm, kes-kes beginilah yang boleh membuat inderaku terluka...

No comments:

Post a Comment