Sunday, January 11, 2009

"SAMPAPAS"... (SEBELAH/SEPARUH...)

"Sampapas" merupakan "piowitan" (terjemahannya dalam bahasa Melayu sangat sukar tapi lebih kurang nama timang-timangan antara dua/lebih individu yang sama-sama terlibat mencipta nama tersebut berdasarkan sesuatu cerita/kejadian/perkara yang bermakna/unik/menarik).

Orang-orang dusun khususnya Dusun Kimragang Tandek, sangat suka menggunakan "piowitan". Ada sesuatu yang mnyentuh sukmaku hingga saat ini tentang "piowitan" ini. Ceritanya begini:

Kelmarin, saya tiba-tiba terdetik untuk bertanya kepada ayah saya, mengapa "piowitan" yang mereka guna bersama mendiang Sawatan B. Pangayas (Badang Kimaragang Tandek) ialah - "SAMPAPAS"?
Menurut ayah saya, dia dan mendiang sangat akrab suatu ketika dahulu. Mereka ada suatu barang (?) yang sama-sama diminati, dan mungkin kerana barang itu cukup terhad dari segi saiz, maka merekapun membelah (dalam bahasa Kimaragang - minipudung). Maka seorang dapat separuh (dalam bahasa Kimaragang - SAMPAPAS)...

Saya masih ingat keakraban mereka. Masa itu saya masih kanak-kanak. Kadang-kadang bapa bawa saya bertandang ke rumah mendiang, dan kadang-kadang mendiang yang bertandang ke rumah bapa.

Baru-baru ini..."Badang Tandek" kembali ke rahmatullah. Bapa kehilangan seorang rakan akrab suatu ketika dahulu. Meskipun dalam keadaan tidak sihat, bapa gagahi jua untuk memberi penghormatan terakhir kepada seorang insan budiman yang dipanggilnya - "SAMPAPAS"...

Keakraban itulah yang membuat saya terharu...
INDERALUKA.
(Bukan luka yang sakit. Luka luar biasa - yang mengalir bukan darah merah, tapi air mata dalam hatiku...bahkan di mataku...)

3 comments:

  1. Saya tetap ingat 'piowitan' antara bapa SANGURU dan mendiang bapa.. SAMPAPAS. Selalu saya mendengar menidang bapa memanggil bapa SANGURU SAMPAPAS... walaupun saya tidak faham tetapi cukup mengerti keakraban mereka.. Saya dapat merasakan mereka 'mempunyai sesuatu' di antara mereka, yang menjadi dasar kepada persahabatan sangat baik antara mereka. Bapa tidak ceritakan apa 'sesuatu' itu tapi cukup bagi saya untuk menghayatinya, 'piowitan' itu menjadi dasar persahabatan sehingga selama-lamanya..

    Setiap kali saya melihat bapa SANGURU, hati saya akan tersentuh akan sifat penyayangnya bukan sahaja terhadap anak2 tetapi pengalaman saya sepanjang mengenali bapa SANGURU.. Nama bapa SANGURU antara nama yang sangat dekat dalam hati dan saya sangat tenang, rasa tenteram, rasa diambil peduli, perasaan yg sangat dalam sekali setiap waktu berada di sebelah beliau...

    ReplyDelete
  2. SANGURU tau ka cerita ada 3 kelewang (pedang panjang) milik aki kita dulu digunakan untuk menentang penjajah.3 kelewang ini mempunyai 'aura' dan sangat digeruni sehingga Tun Mustapha teringin utk meminjamnya. Diikutkan cerita 1 kelewang dipegang oleh tun dan selepas penjajahan, tidak dikembalikan sehingga sekarang....

    ReplyDelete
  3. LM, siou, sangat lewat saya menjawab. Ya, saya tahu sejarah itu. 1 kelewang ada pada sdr Saibon, yang satu?...

    ReplyDelete