Wednesday, January 7, 2009

BUKAN AKU TIDAK MENGASIHIMU...


(Kempen Paparkan Gambar-Gambar Berkaitan Keganasan Israil Dalam Laman Web/Blog Anda. Jika ini pun kita gagal lakukan...USAHLAH BERCAKAP TENTANG PERJUANGAN JIHAD DAN SEBAGAINYA...)
Dalam laman blog utamaku SUARA ORANG SABAH (SOS), sangat jarang aku bicara tentang Palestin. Barangkali ada pembaca menyangka bahawa aku tidak buka minda keluar dari ruang angkasa Sabah dan Malaysia. Mungkin ada yang sangka aku tidak mengasihi saudara-saudara kita di Palestin.

Tidak. Sesungguhnya sudah sekian lama aku menyimpan rasa. Berbagai rasa. Marah...sedih...sayu...geram...hairan...dan sebagainya. Sesungguhnya inderaku terluka sejak dahulu...DAN aku memikirkan untung nasib kaum muslimin sedunia bukan baru hari ini!...

Banyak yang ingin dan boleh kutulis atau kulukis. Kemarahan pun bisa aku lontarkan kalau turutkan hati. Namun apa gunanya sekadar marah-marah dan bising-bising. Bangsa Israil adalah bangsa yang jumud, keras hati, kuat pendirian dan ego. Tidak akan berkesan suara-suara bising dan lontaran batu...

Aku jua ikut menangis. Aku jua turut berdoa.
Dan sesuatu yang pasti....
Sekiranya aku berada di bumi Palestin , sudah barang tentu...
AKU TIDAK SETAKAT DUDUK MENGHADAP LAPTOP!

1 comment:

  1. apa macam juga rakyat Palestin mau aman kalau mereka sesama sendiri bermusuhan seperti anjing dan kucing, saya sangat geram bila ternampak dalam tv duta palestin amat marah dan menyuruh rakyat malaysia menurunkan poster pemimpin-pemimpin Hammas bila mengadakan tunjuk perasaan mengutuk negara israel, mereka sesama bangsa dan agama dan negarapun bertelegaah saya tidak fahamlah kenapa negara malaysia beriya2 benar hendak membantu rakyat palestin ini!

    ReplyDelete