Friday, January 2, 2009

SMS BANJIRRR...

Hmm...saya menerima beberapa sms dari saudara mara di kampung (di Tandek, Kota Marudu). Di Beliajung/ Taritipan, beberapa rumah ditenggalami air banjir. Di Tingkalanon air sungai naik sampai paras lantai rumah. Di Mosolog, dikatakan inilah banjir paling besar mereka pernah alami. Di Damai pun dalam, dan mengakibatkan jalan perhubungan tidak dapat dilalui. Jalan sebelah Morion juga terjejas. Ini bermakna penduduk di beberapa buah kampung "terkurung" dan tidak boleh keluar ke pekan Kota Marudu.

Teringat pula zaman kanak-kanak/remaja. Terpaksa meredah air banjir untuk ke sekolah atau pulang dari asrama. Semangat belajar meluap-luap bukan macam anak-anak sekarang. Anak sekarang sudahlah "kecil jiwa", penakut dan manja lagi.

Teringat pula kaum kerabat yang terkurung di kampung-kampung. Bagaimana kalau tiba-tiba ada yang sakit perut mahu bersalin? Kehabisan bekalan beras? sakit memererlukan rawatan. Lusa, budak-budak mau pergi sekolah sudah. Dalam keadaan banjir begini, seharusnya ada tindakan serta merta daripada pihak berwajib.

Hmm...kalaulah ini berlaku di semenanjung, sudah barang tentu sudah masuk dalam RTM atau TV3. Adakah kerana pemimpin di sana lebih proaktif atau sememangnya di sana memang telah jauh ke depan meninggalkan kita...atau...memang kita dibelakangkan?....

INDERAKU TERLUKA....

1 comment:

  1. tahniah kepada Tuan DO yang cepat respon dan buat pemindahan mangsa banjir di SMK Tandek. Tahniah kepada semua agensi Majlis Tindakan Daerah yang sama-sama terlibat.

    ReplyDelete